4 Jan 2012

Home » » Jerung Hybrid di Australia

Jerung Hybrid di Australia

copy from kosmo online


Jerung hybrid ini telah dijumpai di perairan australia. Sekumpulan saintis yang di ketuai oleh Jess Morgan berkata, jerung hibrid tersebut terhasil daripada proses mengawan antara jerung muncung hitam Australia dengan jerung muncung hitam biasa sekali gus merupakan satu penemuan mengejutkan di bidang sains.

Menurutnya, penemuan jerung hibrid itu dibuat semasa kerja merekodkan spesies jerung di perairan timur Australia baru-baru ini.
Jerung muncung hitam Australia cuma hidup di kawasan beriklim tropikal tetapi jerung hibrid tersebut ditemui di perairan lebih sejuk pada jarak 2,000 kilometer dari pantai.
Saintis percaya proses mengawan antara dua baka berlainan itu berlaku kerana adaptasi bagi membolehkan jerung muncung hitam terus hidup walaupun suhu air laut kini berubah akibat pemanasan global. - AFP
bukti hebatnya kuasa yang Maha Pengcipta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...