28 Nov 2011

UMNO pejuang Syiar Islam??

hahahaha,,,!!
Bengong bengong,



Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, Datuk Prof Madya Dr Mizan Hitam, berkata sejak ditubuhkan pada 1946, UMNO tidak terpisah daripada perjuangan untuk memartabatkan Islam kerana UMNO adalah parti orang Melayu.

"Melayu dalam Perlembagaan mesti beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Jadi rumusannya, orang Melayu di Malaysia dia beragama Islam manakala parti orang Melayu... sejarahnya ialah UMNO," katanya.


Takleh aku bayangkan bila beliau ni berkata begitu?
Apakah? Kenapakah?
Kipas?? hahaha kipas hidup susah nak mati,
Walaaweehh.


Terang benderang kat Malaysia dah macam apa tah,
Aku pun tak tau nak cakap apa da,
Teruk bebenor,
Termasuk la aku sekali yang teruk.
Aku pun bukannya baik sangat, jahat sangat pun tidak,
Tapi sekurang-kurang nya aku ni celik.
Celik dari segi apa?
Mana betul mana salah,
Apa yang kau kata tu salah weh,,salah


Terutama yang kau cakap,
"Jadi rumusannya, orang Melayu di Malaysia dia beragama Islam manakala parti orang Melayu"

Damn,
tengok statistik anak luar nikah dah cukup,
Yang berdaftar berapa ribu? yang tak berdaftar?
Yang missing in action?







Pastu korang jawab ibu bapa kena main peranan?
Ibu bapa je ker?
Korang?
Hiburan melampaui batas-batas karma macam mana?
Jemput artis homoseksual buat konsert tu Islam ker?
Bila konsert macam tu korang asing lelaki perempuan ker?
Korang buat solat maghrib dengan isya dulu ker?
Puuii la,,


KIPAS kuat.

27 Nov 2011

Malaysia vs Bahrain


Kelayakan Olimpik 2012 London,
Pertemuan diantara Malaysia vs Bahrain berkesudahan Malaysia 2-3 Bahrain.


Malaysia vs Bahrain, adoyaaii time ni gua tertidur pulak lepas maghrib, tak dapat nak ulas
Sangat game diantara Malaysia vs Bahrain ni.
Apa-apa pun gua tetap sayang Malaysia, mutu dan kualiti permainan Malaysia semakin
meningkat.
Itu yang gua lu dan lu orang semua mahu kan?


Nanti-nanti gua update lagi,
Hari ni banyak sangat story pasal sukan.

Liverpool vs Manchester City 2011

Liverpool vs Manchester City

Liverpool vs Manchester City
27 November 2011
Anfield Stadium, Liverpool.
Result: Draw (1-1)


Perlawanan antara Liverpool vs Manchester City menyaksikan kesudahan seri 1-1.
Dengan Kapten Manchester City Vincent Kompany membuka tirai jaringan pada minit 31
Hasil daripada sepakan sudut oleh "playmaker" mereka David Silva.


Vincent Kompany




Manakala gol bagi Liverpool dihasilkan oleh Charlie Adam dari rembatan jauh
Yang terkena @ reflect oleh pertahanan Manchester City John Lescott, yang mengelirukan
Penjaga gol Manchester City Joe Hart.


Charlie Adam
Permainan diantara Liverpool Vs Manchester City menyaksikan pada awal permainan Manchester City mengawal permainan.
Dan akibat daripada layangan kad merah kepada Mario Balotelli (Man.City) pada 10 minit terakhir memberi kelebihan kepada Liverpool untuk mengawal bola namun tiada jaringan
dapat dicipta hingga ke wisel penamat.


Pada minit ke 89 larian Edin Dzeko dan hantaran silang kepada David Silva membuka
Peluang kepada Manchester City untuk menghasilkan jaringan namun disia-siakan oleh
David Silva.



Full time Liverpool 1 - 1 Manchester City

26 Nov 2011

UMNO Perlu Ada Semangat Harimau Muda : PM



Menggunakan analogi semangat dan perjuangan skuad Harimau Muda yang menggondol pingat emas pada Sukan Sea ke-26 di Jakarta-Palembang baru-baru ini, walaupun menghadapi cabaran sengit, perdana menteri berkata Umno juga perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal dalam menghadapi pilihan raya.

"Kalau kita ada kekuatan mental dan kita ada jiwa yang kental, kita boleh berdepan dengan persekitaran yang sangat mencabar walaupun pihak musuh membuat apa jua tekanan terhadap kita termasuk tekanan psikologi dan emosi," katanya kepada Bernama semasa wawancara khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2011 semalam.
 
"Kalau kita kental dari segi kekuatan minda kita, dan semangat kita pun kukuh, maka sudah terbukti seperti analogi Harimau Muda itu, kita boleh mengatasi keadaan yang sangat berat menekan kita, mencengkam kita, walaupun gelanggang tidak sama rata seperti di Jakarta, tapi pasukan kita akhirnya berjaya juga," katanya.

Mengenai pengundi muda, beliau berkata sudah terbukti dalam pilihan raya kecil sejak dua tahun yang lepas, biasanya majoriti golongan itu menyokong Umno.





 

"Bererti sudah terbukti bahawa tidak semestinya orang muda bersikap "anti-establishment" (anti kerajaan) dan tidak menyokong parti kerajaan iaitu parti BN, mereka akan menilai, siapakah yang lebih memahami kehendak dan naluri
mereka sebagai orang muda," katanya.


p/s

yeaahh lepas ni UMNO akan bersemangat kental,
Hahahaha,
Kalau menang pun menang 50-50,
Macam PRU lepas,


Hah, apa-apa pun komen BaliSuam,
Lantak kau lah nak jadi apa, nak jadi macam kucing ke, monyet ke
Harimau ke,
Apa-apa pun rakyat Malaysia sekarang menjadi kearah berintelektual,
Mereka pandai memilih yang mana buruk yang mana baik.


peacee yooo

Manchester United vs Newcastle United 2011

Perlawanan English Premier League 26 November 2011,

Hari ini menyaksikan The Red Devils @ Manchester United hanya sekadar seri ketika bertemu
Newcastle United di Old Trafford.


P/S:

Hahaha, gua tengok game ini,
Memang tak dinafikan yang ManU banyak pegang bola,
Berbanding NewU yang banyak bermain secara defensive setelah salah sorang
player mereka Jonas menerima kad kuning ke 2.

Apa-apa pun,
Tahniah kepada NewU kerana mampu seri di Old Trafford,
ManU kuat kot dekat home.

Others Result on BPL games (26 Nov 2011)

Bolton 0 - 2 Everton
Chelsea 3 - 0 Wolves
WestBrom 1 - 3 Tottenham
Sunderland 1 - 2 Wigan
Stoke 3 - 1 Blackburn
Norwich 2 - 1 QPR

25 Nov 2011

Banjir Di Kelantan Semakin Reda


Keadaan banjir di Kelantan petang ini sedikit reda apabila jumlah mangsa yang dipindahkan berkurangan kepada 1,817 orang dari 502 keluarga petang ini berbanding 1,892 orang pagi tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata jumlah pusat pemindahan yang dibuka juga berkurangan kepada 22 berbanding 32 pagi tadi.

"Sehingga petang ini, lima pusat pemindahan di daerah Kuala Krai dan Machang telah pun ditutup menjadikan hanya enam daerah lagi yang masih terbabit dengan bencana banjir.
"Daerah Pasir Mas masih mencatatkan jumlah pusat pemindahan paling banyak iaitu 11," katanya.

Beliau memberitahu sehingga kini hanya sungai utama di Kelantan, iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, masih berada pada paras bahaya.


Jurucakap itu berkata, jumlah laluan yang ditutup juga berkurangan kepada enam berbanding lapan pagi tadi.



Laluan yang masih ditutup kepada semua kenderaan ialah di Machang iaitu Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata; di Pasir Mas iaitu Jalan Pohon Tanjung-Meranti, Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram; di Tanah Merah iaitu Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh; dan di Tumpat iaitu Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti.

"Hanya satu laluan ditutup kepada kenderaan ringan, juga di Tumpat membabitkan Jalan Pohon Tanjung-Pasir Pekan.

Di KUANTAN, dua keluarga dari Kampung Chendor Baru, dekat Cherating di sini yang menjadi mangsa pertama di Pahang yang dipindahkan akibat banjir sejak semalam, masih ditempatkan di pusat pemindahan mangsa banjir.


Jurucakap bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang berkata, sehingga 4 petang ini, dua keluarga terbabit yang terdiri daripada enam lelaki dewasa, empat wanita dan seorang kanak-kanak perempuan, berusia antara 11 hingga 63 tahun masih berada di pusat pemindahan banjir di Balai Raya Kampung Chendor.


"Keadaan banjir di kawasan rumah mereka setinggi 0.5 meter itu belum pulih sepenuhnya.


"Berdasarkan pemantauan, empat sungai utama di Pahang juga sudah kembali mencatatkan bawah paras bahaya," katanya sambil menambah semua penduduk di kawasan berdekatan sungai dan kawasan rendah diminta berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca mendung.


sumber: Berita Harian 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...